Wednesday, 31 August 2016

TUESDAY,23 AUGUST 2016


TEMPAT: DEWAN IBNU YUNUS
MASA: 11.00 PAGI -1.00 TNGHRI


AKTIVITI:
  • Kami berkumpul bersama pensyarah kokurikulum kami dan diberi sedikit penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan pada hari ini.
  • Kami memulakan aktiviti memanaskan badan secara serentak.
  • kami kemudiannya dibenarkan bermain badminton,squash dan ping pong. 
  • Raket squash,raket badminton dan lain-lain peralatan dipinjam ditempat penyimpanan alatan permainan. 
  • setelah penat bermain,aktiviti penyejukan badan dilakukan untuk mengelakkan otot daripada sakit.
  • Kami dibenarkan pulang ke kolej kediaman sedikit awal daripada masa yang ditetapkan supaya dapat membersihkan badan sebelum ke kelas pada sebelah petang.

                            Disediakan oleh;Nur Atikah binti Zakaria

Monday, 22 August 2016

TUGASAN BANTU MULA

TUGASAN BANTU MULA
Pendahuluan
Bantu mula merupakan satu bidang pengajaran yang memberikan pendedahan mengenai cara cara menyelamatkan mangsa yang mengalami kecederaan sebelum dihantar ke hospital umtuk mendapatkan rawatan susulan. Kemahiran bantu mula ini merupakan satu kemahiran yang harus dipelajari oleh semua pelajar.
Objektif
Mengenali ilmu bantu mula
Mengaplikasi teori pembelajaran dalam sesi praktikum
Menyatakan rasional dan tindakan lakuan bantu mula yang diberikan
Penglibatan diri yang optimum dalam kelas kokurikulum
Kemahiran berkomunikasi
Tugasan
Apakah perbezaan di antara kecederaan patah dalaman dan kecederaan terseliuh ? Berikan penerangan bergambar secara terperinci.
ASPEK
PATAH DALAMAN
TERSELIUH
Definisi
Satu kecederaan atau keretakan yang disebabkan oleh daya hentaman secara tepat atau tidak tepat.
Pergerakan sendi yang melebihi had dan menjejaskan ligament tetapi tulang tidak beralih dari kedudukan asal.






Tanda-tanda
Rasa sakit dan bengkak hanya pada bahagian yang cedera.
Rasa sakit pada bahagian tulang, sendi atau otot.
Tidak berupaya menggerakkan anggota cedera.
Bentuk kedudukan atau pergerakkan senti tidak normal.
Bunyi atau terasa geselan hujung tulang yang tidak normal.

Pesakit mengalami kesakitan dibahagian yang terseliuh.
Biasanya terseliuh akan menjadi bengkak.
Tulang sendi tidak beradaditempatnya.
Bahagian badan yang terseliuh tidak dapat berfungsi dengan betul
.
Cara rawatan
Hentikan pendarahan
Rehat
Cegah pergerakan
Bawa ke hospital
Pengubatan kendiri (ubat untuk terseliuh)
Aspirin
Diclofenac sodium
Mefenamic acid
Paracetamol
Rawatan lain
Korset lumbosacral ringan:
Pemakaian korset ini dapat membantu untuk mengawal kekejagan otot. Pemakaiannya harus dihentikan segera setelah kekejangan hilang.

KECEDERAAN PATAH DALAMAN

KECEDERAAN TERSELIUH









b)patutkah aplikasi ‘ice’ diberikan kepada mangsa yang mengalami kecederaan patah terbuka.Nyatakan rasional jawapan anda.
-Tidak patut kerana aplikasi ice tidak sesuai untuk kecederaan patah terbuka kerana terdapat luka yang mendedahkan keretakan tulang.Jika aplikasi ice digunakan ,mangsa patah terbuka akan mengalami kebekuan darah dan kekejangan otot yang teruk.
c) Apakah ikatan yang sesuai untuk mematikan ikatan anduh.Terangkan secara bergambar rasional ikatan tersebut.





d) Apakah maksud istilah T.O.T.A.P.S dan R.I.C.E. Terangkan secara terperinci .
T.O.T.A.P.S
T: Talk-Bercakap bagi menenangkan mangsa.
O: Observe-Pemerhatian untuk memastikan tanda-tanda kecederaan dan gerak balas.
T:Touch-Sentuhan untuk menentukan tahap kesakitan dan bahagian yang tercedera.
A:Active-Pergerakan aktif yang dilakukan oleh mangsa sendiri jika sekiranya ada kesakitan beri rawatan pertolongan cemas.
P:Pasive-Pembantu mula melakukan pergerakan pasif dengan perlahan-lahan pada bahagian cedera melalui julat pergerakan yang normal.
S:Skill Test – Menguji kemahiran sebelum dan selepas rawatan.Pastikan mangsa dapat melakukan kemahiran yang digunakan dalam permainannya.
R.I.C.E
R:Rest – Merehatkan bahagian yang cedera.Pastikan bahagian yang cedera ditempatkan di paras yang lebih tinggi daripada jantung.
-Kedudukan ini mengurangkan pendarahan dalaman.

I: Ice- menggunakan ais pada bahagian yang cedera. Keadaan yang sejuk akan mengecutkan kapilari darah dan akan menghentikan pendarahan.
-ulang rawatan ais setiap 15-20 minit selama 2-3 jam.Tempoh rawatan terapi ais ini bergantung kepada tahap kecederaan.
C:Compression – Membalut bahagian yang cedera.
-Balut menggunakan pembalut yang sejuk atau pek ais.
-Sekiranya ada tanda kebiruan atau rasa kebas di tempat yang cedera buka pembalut dan ikat semula supaya lebih longgar.
E:Elevation-Meninggikan bahagian yang cedera melebihi paras jantung.
-Ini mengurangkan pengaliran darah ke bahagian yang cedera dan boleh menyebabkan pembekuan darah.
-Ia juga boleh mengelakkan keadaan tisu bengkak disebabkan pengumpulan cecair tisu yang melambatkan pemulihan.
e)Nama dan labelkan secara bergambar bahagian tulang di lengan hingga jari.


Disediakan oleh : 
  • Nur Naqibah binti Mohd Najib 
  • Nurfatihah binti Abdul Rahim
  • Fariha binti Rosli 
  • Nurul Ashikin binti Mohd Ehsri
  • Nor Ezati binti Jai
  • Nor Atikah binti Zakaria
  • Rabiatul Alia binti Mohd Redzwan
  • Mohd Rezza bin Ritzwan
  • Jamuna a/p Nedugzheliyan

Tuesday, 16 August 2016

2 OGOS 2016

   Teknik Bantu Mula

    Pada minggu ini, kami diberi taklimat untuk mempelajari teknik bantu mula. Teknik ini dilakukan pada awal kecederaan. Contohnya apabila terseliuh, patah dan sebagainya. Bagi terseliuh, teknik bantu mula yang poerku dilakukan ialah teknik RICE . Rest,  Ice, Compression, Elevate . Ini perlu dilakukan sebelum dibawa ke hospital.

    Selain itu, sekiranya patah, teknik yang perlu dilakukan ialah membalut anduh sementara pada bahagian yang patah menggunakan kain anduh atau sebarang jenis kain. Pada anduh tersebut kita perlu mematikan ikatan tersebut dengan menggunakan ikatan buku sila.

    Akhir sekali, kami diberi peluang untuk melakukan sendiri balutan dan cara ikatan tersebut dengan menggunakan teknik yang betul pada beberapa situasi .



DISEDIAKAN OLEH: NUR NAQIBAH BT MOHD NAJIB