Sunday, 31 July 2016

Minggu keselamatan I

Pada minggu ke-empat.

Aktiviti yang dijalankan pada mingu itu ialah bermain badminton.Kami dibahagikan beberapa kumpulan.Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang.Kami diarahkan untuk bermain secara beregu.
Kami juga diberi taklimat tentang keselamatan dengan diperkenalkan teknik-teknik yang betul untuk memasang jaring badminton.Kami juga disuruh memilih pemegang jaring yang tidak bengkok,bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Setelah selesai bermain,kami diarahkan supaya membuat 'cool down' agar otot tidak berasa sakit.

               Disediakan oleh:Fariha Binti Rosli

Thursday, 21 July 2016

AKTIVITI KECERGASAN DUA

Tajuk:AKTIVITI KECERGASAN DUA
Tarikh:19 JULAI 2016
Tempat:DEWAN IBNU YUNUS 
Masa:11.00 PAGI-1.00 PETANG

Pada perjumpaan yang ketiga,kami meneruskan lagi aktiviti kecergasan yang belum dilakukan pada perjumpaan kedua.Antara aktiviti yang dilakukan ialah larian 30 meter,menggelecek bola dan menimbang berat serta mengukur ketinggian pelajar.


  
Larian 30 meter




Aktiviti larian bertujuan untuk menguji kepantasan pelajar.



Menggelecek bola


Aktiviti menggelecek bola ini pula bertujuan untuk menguji koordinasi pelajar.


Menimbang berat.
Akhir sekali,menimbang berat dan mengukur ketinggian pelajar adalah untuk menentukan pelajar mempunyai ketinggian dan berat sama ada ideal atau obes dengan mengira bmi.

DISEDIAKAN OLEH:NOREZATI BINTI MOHD JAI


Tuesday, 12 July 2016

TAJUK: MINGGU KECERGASAN
TARIKH: 12 APRIL 2016
MASA: 11:00pagi-1:00petang
TEMPAT: DEWAN IBNU YUNUS

Isi kandungan:
1. Perjumpaan minggu kedua dimulakan dengan sesi taklimat oleh pensyarah berkenaan dengan aktiviti yang akan dijalankan.
2. Aktiviti kecergasan dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan yang diketuai oleh Reza (S1CT10) dan Marjan (S1CT9).
Aktiviti memanaskan badan
3. Pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki menyelesaikan aktiviti pada empat stesen yang telah ditetapkan.
Stesen bangkit tubi
4. Disamping melakukan aktiviti,pelajar diberi pengetahuan berkenaan nama nadi dan lokasinya. Antaranya seperti:
 a. Arteri karotik di bahagian leher.
 b. Koblitil pada bahagian pergelangan tangan.
 c.  Radial pada bahagian lengan.
5. Aktiviti diakhiri dengan sesi penyejukan badan yang diketuai oleh Reza (S1CT10). Pensyarah juga turut melakukan sesi refleksi berkenaan kepentingan dan kelebihan gaya hidup yang sihat. 
Ahli praktikum S1CT9 Dan S1CT10
DISEDIAKAN OLEH : NURUL ASHIKIN BT MOHD EHSRI


Wednesday, 6 July 2016

MINGGU KE-1

TUESDAY , 28 JUNE 2016


TAJUK: PENGENALAN KEPADA KOKURIKULUM
MASA: 11.00 PAGI - 1.00 TGHRI
TEMPAT : DEWAN IBNU YUNUS


ISI KANDUNGAN:
  • Perjumpaan dimulakan dengan sesi perkenalan diri para pensyarah. Para pensyarah telah memperkenalkan diri mereka masing-masing.
  • Perjumpaan diteruskan pula dengan sesi taklimat tentang peraturan pemakaian ke kelas kokurikulum, kad kokurikulum dan sedikit sebanyak tentang aktiviti kokurikulum. Taklimat tersebut disampaikan oleh Puan Hasnina.
  • Kemudian, sesi bersama pensyarah tutoran masing-masing dan diikuti dengan sesi perkenalan diri antara pelajar dengan pensyarah.



DISEDIAKAN OLEH: NURFATIHAH BT ABDUL RAHIM